Wednesday, November 2, 2016

Dapur Bujang

Assalamualaikum. Agak lama aku tak update dalam blog aku ni. Sampai dah bersawang dah.. huhu Oklah. Post kali ini aku nak berkongsi la sedikit resepi bujang yang selalu aku masak bila lapar. Disebabkan ekonomi negara kita pown agak siput sedikit.. So, aku kurangkanlah makan di luar. Orang kate nak save bajet gitu memandangkan dengan gaji aku yang ciput ni. 

Ok. Tempat membeli belah yang selalu jadi pilihanku iaitu di Mydin Mart (Mengapa bayar lebih) yang terletak tak jauh dari tempatku. So, kat situ kita akan dapat pelbagai barangan dapur samada barangan basah ataupun kering. Jadi, setelah berkira-kira apa yang nak dibeli, aku pun memulakan shopping.

Barangan asas untuk memasak yang selalu aku beli bawang putih, bawang merah, bawang besar (option) , telur, kentang, cili boh @ serbuk cili kisar, kicap, sos cili n semestinya bahan2 perasa seperti garam, gula, kunyit mestilah kena ada. Kalau nak tambah perasa seperti ajinomoto pun lagi cun tapi jangan lebih-lebih nanti botak kepala.hehe. Jadi dah habis barangan asas untuk memasak, So, sekarang nak kena pilih menu apa nak masak. Memandangkan aku ni penggemar ayam, Jadi, aku belilah ayam tapi sebab nak makan sorang, aku beli ayam yang dah siap potong. Harga dalam RM3. Murah dan cukup untuk aku makan sampai dua kali.. =). Kalau nak lagi sedap, aku beli sayur tambahan seperti kobis, kacang panjang, cili padi sikit. Tapi biasa kalau aku beli dalam portion yang sedikit sebab rumah aku mana ada peti ais huhuhu.. So, beli untuk sekali masak jer.


So, menu yang paling simple aku suka buat ialah 
1. Telur@ ayam masak kicap
2) Telur@ ayam masak pedas
3) Sup ayam atau sayur air.

FYI, menu yang selalu aku masak kebanyakan ikut kepala aku sendiri. Kalau nak ikut resepi agak rumit sebab banyak barang yang nak kena beli. Just barang-barang asas dicampak2 dalam kuali, bagi ada rase sedikit dah tu siap..=). So, janji rase sedap and boleh dimakan dengan selamat. Hehe.

So, aku kongsikan sedikit masakan aku yang telah aku masak. 


 Ini masakan ayam masak pedas walaupun nampak macam tomyam..Haha. Masakan ni aku pown aku main masak jer janji sedap dan boleh makan. Kalau orang tanya aku masak ape.. aku just boleh cakap aku masak ayam jer.hihi. Ini aku beli baru dua ketul ayam tapi makan sampai dua kali pun tak habis walaupun roomate aku makan sekali. Sebab aku letak banyak sayur memandangkan sayur aku tak boleh tahan lama disebabkan peti ais tak de..




Ini adalah daging goreng buatan air tangan aku sendiri walaupun aku tak pernah buat daging goreng sebelum ni. Ceritanya, aku suruh mak aku bekalkan daging goreng masa raya korban haritu untuk aku bawa bekal pergi KL. Sekali, mak aku dia bagi daging mentah daa.. Nasib baik tak bau daging dalam bas sebab mak aku dia bagi yang frozen. Ngam2 sampai Shah Alam daging pun cair. So, aku terus prepare untuk buat daging goreng. Lepas beli barang apa yang nak dibeli dan berpandukan resepi google serta tunjuk ajar kak ipar aku.. jadilah resepi daging goreng aku ni. Rasanya not bad la..hihi Jadilah masakan orang bujang kalau nak compare yang masakan mak memang jauh sekali la..Huhu





Jadi, disebabkan kawam rumah sewa aku ada sekali,jadi ak pun ajak sama makan sekali. Untuk tambahan kitaorang masakan telur masak kicap. Disebabkan pinggan besar takde, so senang kitaorang hidang dengan kuali-kuali sekali. Tapi nasi takde la sampai makan dalam periuk..=P. Memang terangkat makan campur pulak dengan 
budu kenyang sampai malam. Alhamdulillah..



Menu seterusnya... sup ayam. Menu ini agak mudah nak buat .hanya tumiskan bawang.. goreng kentang,, goreng ayam separuh masak..lepas tu masukkan air sampai tutup bahagian isi ayam. Untuk rempah sup, aku pakai serbuk sup menggantikan sup bunjut.Lepas tu masukkan garam dan siap untuk dihidangkan.







Sesekali makan daging ngan ayam..terasa nak bervegeterian jugak.. So ..aku buatkan sayur campur. Sayur campur ini aku gunakan kobis bunga, kacang buncis, cili, dan fishball. Campak-campak semua sekali.. letak air.. gula dan garam..jadilah resepi 5 star aku ni..
So, bila bangun pagi especially time hujung minggu..untuk breakfast kalo rase tak nak makan nasi lagi aku buat roti sandwich. Menu sandwich ni paling simple untuk dibuat dan agak menyelerakan. Untuk intinya telur rebus dilecet.. lepas tu masukkan mayonis dicampur sos.. pastu boleh dicalit dekat roti.Berapa banyak keping roti nak guna terpulang atas kelaparan korang semua...Haha.




Last but not least, ini resepi paling tidak asing untuk orang bujang terutama bagi para student. Mee segera atau selalu dipanggil mee meggi. Yang ini selalu aku buat bila rasa malas nak masak dan sedap dimakan sambil layan movie. Campur pulak dengan milo panas, perghh.. terbaik la. Sekarang aku dah kurangkan makan meggi walaupun dulu aku agak hantu meggi sampai meggi dua bungkus aku balun campur pulak dengan bihun..Hhihi..

Akhir kata, kepada abam2 yang nak masak tu, janganlah segan silu dan cakap yang dapur ni sesuai untuk orang perempuan sahaja. Sebab kebanyakan chef ramai laki cuma beza chef tu dia masak kat dapur hotel. Yang akak2 tu rajin2 la belajar la masak untuk kebahagiaan rumah tangga anda. Air tangan masakan isteri salah satu faktor pengerat hubungan sesama suami isteri.  Sampai disini sahaja post aku ni. Kalau rajin.. nanti akan aku update la. Insha Allah. Mungkin minggu depan.. mungkin bulan depan.. atau mungkin 2,3 tahun depan..hihi..ok lah.Bye.. Assalamualaikum..